Selasa, Januari 31, 2017

Photos Collection - Best of Five (Part 4)

Lama rasanya kami tidak berkongsi foto-foto Feminin ketika mereka masih berlima. Detik-detik indah bermulanya legasi hebat FEMININ. 

Dengan keterbatasan sumber memandangkan tempoh ketika Feminin berlima tidak lama ditambah pula foto yang disimpan bukan dalam bentuk digital, namun dengan koleksi yang masih ada dalam simpanan, kami siarkan untuk tatapan dan kenangan bersama.


Dipercayai ini antara foto awal yang pernah dirakamkan Feminin setelah kumpulan ini ditubuhkan. Walaupun hanya bergaya ranggi remaja dengan solekan nipis, aura mereka tetap terpancar sebagai bakal pencetus fenomena.


Foto untuk majalah Pesta. Feminin masih lagi tercari-cari arah dalam penampilan mereka. Berbusana seluar denim dengan t-shirt hitam seragam, dilengkapkan sisiran rambut ikat belakang, Feminin tetap tampil tersendiri.

Gambar yang diambil dari cover album debut mereka, walaupun tatarias dikenakan agak ringkas namun bijak memilih pakaian dengan warna terang, ternyata pilihan yang berjaya menarik perhatian umum.


Inilah inlay album 'Untukmu' dan busana ini merupakan trademark terawal Feminin yang terus menjadi ikutan remaja ketika itu. Blouse berbutang tengah yang dipadankan dengan kasut bertapak tebal, Feminin mula dikenali sebagai trend setter. 


Apabila sudah mencapai populariti, Feminin bijak menukar imej yang tidak gagal mendapat perhatian umum dan kekal menjadi ikutan bagi mereka yang gemarkan fesyen terkini. 


Beranting-anting sebelah juga antara gaya yang diperkenalkan oleh Feminin. Ini adalah foto semasa mereka mula berempat dengan desas-desus Along untuk meninggalkan Feminin sudah mula diperkatakan.


Walau apa pun yang berlaku, Feminin masih belum ada galang gantinya dan terus menjadi lagenda sebagai antara kumpulan padu suara wanita yang disegani sehingga kini. Moga kenangan hebat ini kekal mekar selamanya.

2 ulasan:

  1. Diorg ade ig x?miss the moment..up bringing with this trend setter.. so amazing they are.

    BalasPadam