Rabu, September 28, 2016

As Feminin Tak Sangka Masih Ada Peminat

Artikel diambil daripada Media Hiburan ruangan Top bertarikh 14 April 2016

 
Asfarina Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan As merupakan bekas anggota kump

ulan Feminin yang cukup popular sekitar tahun 90-an dan cukup sinonim dengan lagu-lagu seperti 'Untukmu', 'Kini', 'Syurga Di Dunia' dan juga 'Hanya Sekali'. Walaupun sudah lama menyepi dan tidak aktif menyanyi, namun As masih lagi dikenali ramai dan lagu-lagu Feminin juga masih lagi diputarkan di radio.
 
Baru-baru ini MH berkesempatan menemubual As yang kini sedang sarat mengandung cahaya mata keempat. Walaupun fizikalnya banyak berubah dan kini kelihatan sedikit berisi, namun As masih cantik dan sikap ramahnya membuatkan MH cukup selesa.
 
 
 
 
"Sekarang banyak masa saya habiskan di rumah dengan menguruskan anak-anak dan suami. Anak sulung saya kini sudah berusia 8 tahun yang kedua 6 tahun dan yang ketiga pula 4 tahun. Jadi memang menjadi rutin harian saya untuk menghantar dan menjemput mereka ke sekolah," kongsi As tentang anak-anaknya.
 
Tak Amal Diet Ekstrem
 
Walaupun pernah dikritik mengenai isu berat badannya sebelum ini, namun As cukup positif dan tidak cepat melatah.
 
"Saya mengandung dalam tempoh yang agak rapat jadi tidak sempat untuk berdiet," cerita As sambil berseloroh.
 
As mengakui yang dirinya kadang kala sempat mencuri masa untuk bersenam di gimnasium dan menjaga corak pemakanan, tetapi tidaklah sampai melakukan diet secara ekstrem.
 
Rindu Menyanyi
 
Isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan ini juga sempat bercerita kepada MH yang dirinya rindu untuk kembali menyanyi, katanya.
 
"Ada juga pihak yang menawarkan saya untuk merakamkan single dan membuat comeback, tetapi buat masa sekarang saya tidak mempunyai banyak masa dan saya lebih mementingkan keluarga."
 
"Bila keluar berjalan, masih ada peminat yang menegur dan mahu mengambil gambar bersama."
 
 
 
Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan