Rabu, Mac 09, 2016

Ulasan Album 'Untukmu... Kini' Feminin

Artikel diambil daripada Utusan Malaysia

Album : Untukmu... Kini
Artis : Feminin
Genre : Pop

SUDAH sedekad kumpulan wanita yang mencipta fenomena sedikit masa lalu ini meninggalkan kerjaya nyanyian. Kumpulan yang begitu popular ketika era 90-an itu kini kembali. Mereka bersatu semula dengan melangkah semula ke studio rakaman untuk lagu Untukmu.


Album kompilasi ini memuatkan lagu terbaik daripada tiga album terdahulu mereka yang dirakamkan dari 1992 hingga 1997. Untukmu yang diberi sentuhan baru oleh Nan dirakamkan As, Yatie dan Watie di Studio Wake The Baby, Kuala Lumpur awal bulan lalu.


Tanpa seorang lagi anggota Deq Nor yang meninggalkan kumpulan itu selepas berkahwin, seakan tidak lengkap Feminin. Namun, mereka berusaha untuk menyatukan keempat anggota yang menaikkan nama Feminin walaupun Deq Nor tidak terbabit dalam rakaman terbaru itu.



Justeru, kelahiran album kompilasi ini tentunya menjadi pengubat kerinduan peminat kepada yang mencetus aliran dalam dunia fesyen ketika nama mereka memuncak dulu. Tiada siapa yang lupa kehebatan mereka apabila di pentas, dengan fesyen ranggi bersesuaian usia remaja mereka ketika itu.

Kompilasi ini memuatkan 15 lagu popular mereka. Tentunya lagu Untukmu, Kini, Rindu, Hanya Sekali, Kehadiran, Kembali dan Ride N Slide masih segar diingatan peminat.


Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.


1 ulasan:

  1. Kat mana nak beli cd lagu2 kompilasi ni?

    BalasPadam