Rabu, September 28, 2016

As Feminin Tak Sangka Masih Ada Peminat

Artikel diambil daripada Media Hiburan ruangan Top bertarikh 14 April 2016

Asfarina Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan As merupakan bekas anggota kumpulan Feminin yang cukup popular sekitar tahun 90-an dan cukup sinonim dengan lagu-lagu seperti 'Untukmu', 'Kini', 'Syurga Di Dunia' dan juga 'Hanya Sekali'. Walaupun sudah lama menyepi dan tidak aktif menyanyi, namun As masih lagi dikenali ramai dan lagu-lagu Feminin juga masih lagi diputarkan di radio.
 
Baru-baru ini MH berkesempatan menemubual As yang kini sedang sarat mengandung cahaya mata keempat. Walaupun fizikalnya banyak berubah dan kini kelihatan sedikit berisi, namun As masih cantik dan sikap ramahnya membuatkan MH cukup selesa.
 
"Sekarang banyak masa saya habiskan di rumah dengan menguruskan anak-anak dan suami. Anak sulung saya kini sudah berusia 8 tahun yang kedua 6 tahun dan yang ketiga pula 4 tahun. Jadi memang menjadi rutin harian saya untuk menghantar dan menjemput mereka ke sekolah," kongsi As tentang anak-anaknya.
 
Tak Amal Diet Ekstrem
 
Walaupun pernah dikritik mengenai isu berat badannya sebelum ini, namun As cukup positif dan tidak cepat melatah.
 
"Saya mengandung dalam tempoh yang agak rapat jadi tidak sempat untuk berdiet," cerita As sambil berseloroh.
 
As mengakui yang dirinya kadang kala sempat mencuri masa untuk bersenam di gimnasium dan menjaga corak pemakanan, tetapi tidaklah sampai melakukan diet secara ekstrem.
 
Rindu Menyanyi
 
Isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan ini juga sempat bercerita kepada MH yang dirinya rindu untuk kembali menyanyi, katanya.
 
"Ada juga pihak yang menawarkan saya untuk merakamkan single dan membuat comeback, tetapi buat masa sekarang saya tidak mempunyai banyak masa dan saya lebih mementingkan keluarga."
 
"Bila keluar berjalan, masih ada peminat yang menegur dan mahu mengambil gambar bersama."
 
Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.
 
As Feminin Tak Sangka Masih Ada Peminat

Artikel diambil daripada Media Hiburan ruangan Top bertarikh 14 April 2016

Asfarina Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan As merupakan bekas anggota kump

ulan Feminin yang cukup popular sekitar tahun 90-an dan cukup sinonim dengan lagu-lagu seperti 'Untukmu', 'Kini', 'Syurga Di Dunia' dan juga 'Hanya Sekali'. Walaupun sudah lama menyepi dan tidak aktif menyanyi, namun As masih lagi dikenali ramai dan lagu-lagu Feminin juga masih lagi diputarkan di radio.
 
Rabu, Julai 27, 2016

Gang of Feminin Fan - 075 - 078

Just Feminin is welcoming our new follower as follows:

Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Rabu, Jun 29, 2016

Fenomena Feminin

Artikel diambil daripada Berita Harian ruangan Hip bertarikh 5 Oktober 2012

Kumpulan Feminin yang dianggotai As, Yatie, Watie, Deq Nor dan Along pernah mencetuskan fenomena pada awal 1990-an apabila gaya mereka menjadi ikutan anak muda zaman itu.

Album sulung mereka berjudul Untukmu yang dihasilkan trio adik beradik KRU pada tahun 1993, mencatat jualan memberangsangkan sehingga mencecah 150,000 unit. Album Kini yang muncul setahun selepas Untukmu juga tidak mengecewakan dengan rekod jualan shingga 100,000 unit.

Mengimbau kenangan hampir dua dekad lalu, bekas pengurus kumpulan rap wanita pertama, Edd Razhe yang kini menjadi Pembantu Peribadi kepada Ketua Pegawai Operasi (CEO) AirAsia, Tan Sri tony Fernandes dan Timbalan CEO AisAisia, Datuk Kamarudin Meranun memberitahu, pembentukan Feminin dilakukan dengan usaha keras.

Dedahkan kepada khalayak

Setahun sebelum kemunculan album sulung Feminin, Edd mencari apa saja peluang yang membolehkan anak didiknya didedahkan dengan persembahan depan khalayak ramai dan pada waktu sama, memperkenalkan nama Feminin.

"Saya mahu membiasakan mereka berdepan dengan orang ramai. Ini penting supaya apabila album keluar, mereka tidak janggal menyanyi depan orang. Saya tidak kisah walau di manapun tempatnya, asalkan ada ruang untuk memperkenalkan mereka, saya akan bawa. Kerjaya Feminin memang saya rancang dengan sebaik-baiknya. Ini termasuklah dalam soal pembikinan album di mana Norman akan berbincang mengenai pemilihan lagu yang sesuai dengan vokal Feminin. Saya turut berbincang dengan anggota Feminin mengenai pembahagian rangkap lagu yang sesuai dengan vokal masing-masing," katanya menceritakan kisah awal pembentukan kumpulan Feminin.

Edd berkata, pembahagian rangkap lagu dibuat untuk lagu rancak kerana tidak mahu anggota Feminin letih apabila terpaksa menyanyi dan menari serentak.

"Cuma untuk lagu berentak perlahan saja As menyanyi seorang. Begitu juga jika menjayakan persembahan pentas, untuk tempoh sejam setengah, biasanya sesetengah lagu dinyanyikan secara live dan sebahagiannya secara 'miming'," katanya.

Nafi guna suara penyanyi lain

Ketika nama Feminin meniti puncak populariti, kumpulan ini dikaitkan dengan kontroversi mengupah penyanyi lain untuk melontar vokal dalam album mereka. Edd mengakui mendengar kontroversi itu tetapi pantas menyangkal dan menjelaskan pembabitan penyanyi Atilia hanyalah sebagai penyanyi latar untuk lagu Rindu.

Ditanya bagaimana pula dia membentuk kumpulan itu sehingga gaya mereka menjadi ikutan ramai. Jelas Edd, dia ditakdirkan berjumpa dengan mereka ketika diminta RTM mencari 60 penari untuk menyertai program Citrawarna Malaysia.

"Ketika itu, saya bertugas sebagai penari, pihak RTM pula meminta saya mencari penari untuk Citrawarna. Ketika itu, saya hanya terfikir Lot 10 kerana pusat beli belah di Bukit Bintang itu menjadi tumpuan anak muda melepak. Saya pergi ke sana dan bertanya kepada remaja yang melepak mereka berminat atau tidak untuk menyertai Citrawarna.

Kebetulan As dan rakan-rakannya melepak di situ. Lalu saya adakan sesi ujubakat dan ternyata mereka memang berbakat menari dan memiliki pakej lengkap. Bagaimanapun ketika itu kumpulan As ada 10 orang, tetapi saya terpaksa menolak dan hanya mengambil lima orang saja," katanya.

Edd berkata, salah seorang yang saya terpaksa tolak adalah Nita dari Malaysia Idol yang menjadi salah seorang rakan As.

"Fizikalnya yang tinggi menyebabkan saya tidak boleh mengambilnya. Selepas itu saya mula rancang perjalanan kerjaya mereka termasuk membentuk imej. Saya sentiasa memastikan mereka tampil dengan imej berbeza dalam setiap album. Kebanyakan pakaian mereka ketika itu saya tempah dengan seorang kenalan. Kain untuk buat baju mereka saya beli di pusat beli-belah Kamdar saja. Saya hanya beli kain murah sebab mereka pakai sekali saja.

"Lakaran untuk baju mereka saya ambil dari majalah antarabangsa sebagai inspirasi tetapi tidak sangka pula imej mereka menjadi ikutan," kata Edd.

Sekolah tak diabai

Selain menjadi pengurus untuk kerjaya mereka, urusan persekolahan Feminin ketika itu tidak diabaikan. Sehubungan itu, anggota Feminin mendiamai rumah yang sama di mana Edd dapat mengawasi pergerakan mereka dengan lebih ketat. Malah Edd turut menghantar dan menjemput mereka dari sekolah walaupun terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas dari Desa Pandan ke Sentul setiap hari.

"Setiap hari mereka akan memulakan latihan dari jam 2 petang sehingga 8 malam. Selepas itu mereka mengulangkaji pelajaran mulai jam 9 malam. Saya mengawal ketat jadual mereka supaya tidak lalai dan ketinggalan dalam pelajaran," katanya.

Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.

Khamis, Mei 05, 2016

Kandid Feminin!

Seringkali kita tatap gambar-gambar hebat kumpulan Feminin dengan pose yang istimewa dan tersendiri. Memang tidak dinafikan Feminin memang mahir dalam memberi gaya yang unik serta berlainan dalam setiap sesi fotografi yang mereka lakukan. 

Namun kali ini kami ingin kongsikan foto-foto kandid daripada Feminin yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera. Satu yang pasti, walau pun ianya kandid, hasilnya mereka tetap kelihatan Feminin dengan aura bintang yang masih terselah...

BELUM SEDIA... atas dasar profesionl persembahan tetap diteruskan dan tidak kesediaan mereka hanya menganggu sedikit di awal persembahan.

GEMENTAR... Walaupun bergelar bintang, perasaan gugup sebelum melakukan satu-satu persembahan tetap wujud, dan inilah gaya Feminin di belakang pentas apabila  mereka gementar.

SENTUHAN AKHIR... Gaya Yatie ketika mendapatkan sentuhan terakhir sebelum tampil di khalayak. Kesempurnaan menjadi sasaran setiap anggota Feminin agar peminat berpuas hati setiap kali Feminin beraksi.

KELETIHAN... Macam-macam gaya ada apabila masing-masing melepaskan keletihan... menunjukkan mereka juga orang biasa seperti kita, kepenatan dan tidak kisah melepas lelah di warung-warung tepi jalan sekalipun.

GURAU SENDA... Antara cara mereka menyerap tekanan kerja adalah sentiasa bergurau senda dan enjoy dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Ini tidak bermakna Feminin bermain-main dan tidak serius tetapi memastikan tekanan tidak menggugat kualiti kerja mereka.

Selasa, April 12, 2016

Feminin Ubat Rindu Peminat

Artikel diambil daripada Harian Metro

HAMPIR sembilan tahun menyepi, anggota kumpulan Feminin, Asfarina (As), 30; Watie, 28 dan Yatie, 27, kembali bersatu demi peminat.

Feminin pernah mencetuskan fenomena sebagai kumpulan wanita pop pertama tampil dengan imej menarik, kini bakal muncul dengan album kompilasi yang dijadualkan dipasarkan April ini.

Bekas pengurus kumpulan itu, Eddriz Radzie, berkata permintaan peminat itu bakal menjadi kenyataan, apatah lagi peminat sering bertanya bila Feminin mahu kembali aktif.

"Tidak dinafikan sepanjang pembabitan Feminin dalam industri hiburan tempatan, mereka banyak mendendangkan lagu hits bermula 1993 sewaktu muncul dengan album Untuk Mu."

"Malah Feminin menjadi artis kumpulan pertama menerima Anugerah Industri Muzik (AIM) sebagai Artis Berkumpulan Terbaik Dalam Album."

"Bagaimanapun, rancangan itu tertangguh bertahun-tahun kerana anggota kumpulan masing-masing sibuk dengan aktiviti peribadi. Yatie terutamanya menumpukan perhatian terhadap pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM)."

"Saya tidak mahu mengganggu mereka terutama Yatie kerana itu masa depannya, jadi biarlah dia memberikan tumpuan pada pelajaran."

"Apabila tamat belajar Yatie mula bekerja, begitu juga dengan As dan Watie. Seperti yang diketahui umum, seorang lagi anggota kumpulan Feminin, Deq Nor, mengambil keputusan berhenti terus daripada bidang seni kerana mahu memberikan tumpuan kepada rumah tangga."

"Disebabkan pelbagai masalah timbul proses pembikinan album kompilasi tertangguh hampir tiga tahun sehinggalah hari ini apabila semua mereka bersetuju memberikan komitmen."

"Saya terharu dengan kesungguhan mereka terutama Yatie yang kini bertugas di Jakarta bersama AirAsia, sanggup turun menjalani proses rakaman kembali lagu Untuk Mu dan diberikan susunan muzik baru." jelasnya sewaktu ditemui di studio Wake The Baby kerana menemani anggota Feminin menjalani rakaman.

Keputusan ini pastinya menggembirakan peminat yang pernah mengilai lagu Untukmu, Kembali, Kini dan Ride N' Slide. Namun, persoalan timbul bagaimana mereka dapat memberikan komitmen jika anggota kumpulan ini mahu kembali aktif.

Oleh kerana masing-masing sudah mempunyai kerjaya, terutama As mahupun Watie sendiri sudah bergelar isteri. Suami As, Azman Adnan, bekas pemain bola sepak negara pernah menyatakan tidak mahu isterinya aktif kembali dalam bidang seni.

Menjawab persoalan itu, As berkata, Azman tidak pernah menghalang dan mungkin kenyataan itu disalah tafsir peminat.

"Dia tidak mahu saya terlalu aktif sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Maklumlah, sebagai suami tentu dia bimbang jika isterinya sering sibuk di luar hingga lupa tanggungjawab."

"Album ini bukanlah album baru, namun kami tetap memberikan komitmen kerana ada nostalgia di sebalik album ini."

"Kami hampir sembilan tahun tidak bertemu, jadi kemunculan album ini bakal mengimbau kembali segala kenangan sewaktu kami bersama."

"Sebelum menjalani rakaman lagu Untuk Mu, As menyatakan hasrat murni kami ini kepada Azman dan dia berkata jika ia baik dan menggembirakan As, dia benarkan. Pembabitan kami bukan untuk jangka masa panjang sebaliknya untuk album ini saja."

"Perancangan akan datang kami tidak mahu fikir lagi, apapun ia bergantung kepada penerimaan peminat terhadap album kompilasi yang bakal dipasarkan kelak." ujarnya.

Seperti juga As, adiknya Watie juga sudah berkahwin tidak mempunyai masalah untuk kembali bergerak aktif kerana dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa. Suaminya tidak mempunyai masalah mengenai 'reunion' Feminin itu.

Menyentuh mengenai pembabitan Deq Nor pula, jelas Edd, pihaknya tidap dapat menghalang keputusan bekas anak buahnya itu namun dia akan berterusan mendapatkan Deq Nor untuk membabitkan diri sekurang-kurangnya sewaktu pelancaran album itu diadakan nanti.

Sepanjang pembikinan album kompilasi ini, setiap anggota Feminin berjanji akan memberikan komitmen terbaik termasuk menjalani promosi. Ini bermakna peminat dapat kembali bertemu dengan mereka.

Yatie sendiri menjelaskan walaupun dia sibuk bekerja di Indonesia, namun jadual akan disiapkan lebih awal oleh pihak Warner bagi membolehkan dia kembali dalam jangka waktu panjang membantu mempromosikan album itu nanti.

Selain itu Edd menjelaskan penyatuan ini bukan saja membabitkan anggota Feminin sebaliknya semua pihak yang pernah bekerja dengan Feminin sebelum ini seperti pereka imej, Nurul Syukor dan Azlan Hamid, Anuar dan Pat selaku pereka tari dan Hazlan.

Dia turut mengharapkan penyatuan semula Feminin ini memberikan sesuatu bermakna kepada semua pihak yang pernah menyumbang ke atas kejayaan kumpulan ini suatu ketika dulu.

Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.

Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.

Jumaat, Mac 25, 2016

Photos Collection - Poster (Part 3)

Feminin dan poster umpama lagu dan irama yang tidak mampu dipisahkan. Kepelbagaian penampilan yang diberi Feminin selain populariti mereka, menjadikan Feminin terus-terusan rebutan penerbitan majalah untuk dipaparkan sebagai poster. Walau banyak manapun mereka ditampilkan sebagai poster, percayalah tiada satupun yang sama hasilnya. Feminin akan sentiasa memberi sentuhan istimewa mereka untuk setiap penerbitan yang berbeza.

Sekali lagi kami himpunkan poster-poster Feminin untuk imbauan semua ketika mereka masih aktif di persada muzik tanahair kita. Untuk tatapan semua... pasti pandang tidak jemu!

Majalah Hai : Poster edisi istimewa ketika Feminin sedang dalam rangka kerja promosi album ketiga mereka. Mereka memilih untuk tampil

Majalah VariaPop : Poster khas dari VariaPop yang menghimpunkan wajah-wajah Feminin yang pernah mereka rakamkan.

Majalah Remaja : Poster untuk edisi raya yang menampilkan Feminin dengan gaya lebaran terkini bagi ikutan remaja ketika itu.

Majalah Media Hiburan : Feminin diberi penghormatan bergambar dalam poster bersama motosikal Kriss, motosikal pertama buatan Malaysia.

Majalah Pesta : Lagi gaya raya Feminin yang diabadikan dalam poster. Menggayakan baju kurung Kedah dengan sentuhan moden gaya Feminin!

Rabu, Mac 09, 2016

Ulasan Album 'Untukmu... Kini' Feminin

Artikel diambil daripada Utusan Malaysia

Album : Untukmu... Kini
Artis : Feminin
Genre : Pop

SUDAH sedekad kumpulan wanita yang mencipta fenomena sedikit masa lalu ini meninggalkan kerjaya nyanyian. Kumpulan yang begitu popular ketika era 90-an itu kini kembali. Mereka bersatu semula dengan melangkah semula ke studio rakaman untuk lagu Untukmu.

Album kompilasi ini memuatkan lagu terbaik daripada tiga album terdahulu mereka yang dirakamkan dari 1992 hingga 1997. Untukmu yang diberi sentuhan baru oleh Nan dirakamkan As, Yatie dan Watie di Studio Wake The Baby, Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Tanpa seorang lagi anggota Deq Nor yang meninggalkan kumpulan itu selepas berkahwin, seakan tidak lengkap Feminin. Namun, mereka berusaha untuk menyatukan keempat anggota yang menaikkan nama Feminin walaupun Deq Nor tidak terbabit dalam rakaman terbaru itu.

Justeru, kelahiran album kompilasi ini tentunya menjadi pengubat kerinduan peminat kepada yang mencetus aliran dalam dunia fesyen ketika nama mereka memuncak dulu. Tiada siapa yang lupa kehebatan mereka apabila di pentas, dengan fesyen ranggi bersesuaian usia remaja mereka ketika itu.

Kompilasi ini memuatkan 15 lagu popular mereka. Tentunya lagu Untukmu, Kini, Rindu, Hanya Sekali, Kehadiran, Kembali dan Ride N Slide masih segar diingatan peminat.

Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.

Khamis, Januari 21, 2016

Gang of Feminin Fan - 073 & 074

Just Feminin is welcoming our new follower as follows:

Congratulation!!! You are Gang of Feminin.