Rabu, September 09, 2015

As Feminin @ Pi Mai Pi Mai Tang Tu


video


Bagi mereka yang membesar sekitar tahun 1990an pasti mengenali rancangan sitcom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Rancangan komedi ini yang pernah disiarkan di stesen televisyen TV3 telah mendapat rating tontonan yang amat tinggi setiap kali ditayangkan. Pada kebiasaannya, setiap episod akan diundang seorang atau dua artis sebagai tetamu jemputan bagi memeriahkan lagi sitkom ini.

Dengan taraf rancangan mesti tonton yang dimilikinya, pihak produksi amat memilih dalam menampilkan artis jemputan. Selalunya hanya mereka yang mempunyai populariti hebat akan diundang. Maka untuk itu bukan suatu yang menghairankan apabila Feminin pernah tampil dalam sitkom hebat ini. Bagi menyesuaikan dengan jalan cerita serta kesediaan anggota Feminin untuk berlakon ketika itu, hanya As seorang yang muncul dalam sitkom ini untuk episod 'Pintar Sekejap'.

Dalam episod ini As telah membawakan watak sebagai seorang wartawan bernama Julia yang ditugaskan untuk mewawancara salah seorang penduduk flat Seri Wangi yang didakwa mempunyai kepintaran luar biasa. Banyak momen lucu yang berjaya diwarnai As dalam episod ini dan lakonan As juga walaupun tidak sempurna tetapi boleh diterima serta tidak menghambarkan. Satu usaha yang amat membanggakan! Episod ini telah ditayangkan sekitar tahun 1997.

2 ulasan:

  1. Yati ada berlakon sebagai gadis kampung dalam sebuah drama yang dibintangi Benji sebagai pelakon utama. Tapi tak ingat nama drama tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, cuma masih belum dapat recall info mengenai drama ini...

      Padam