Rabu, Ogos 26, 2015

Pengancam Perkahwinan - Special Tribute to Feminin


video


Satu yang amat membanggakan apabila Feminin masih terus mendapat perhatian serta penghargaan walaupun telah begitu lama meninggalkan dunia seni. Kali ini hasil seni mereka 'dirai' dalam sebuah telemovie terbitan tahun 2014 yang bertajuk 'Pengancam Perkahwinan' bila mana lagu-lagu Feminin telah dipilih oleh pihak produksi untuk dijadikan lagu tema dan juga lagu latar.

Telemovie arahan dan lakon layar oleh Syahir Ismail dan Tam Suhaimi yang bergenre percintaan ini memang bertepatan untuk diserikan dengan lagu-lagu Feminin yang kebanyakkan berlirikan kisah cinta. Sebagai kemuncak, tribute persembahan oleh pelakon-pelakon dengan barisan lagu popular Feminin telah didendangkan di akhir telemovie.

Antara pelakon yang menggelarkan diri mereka kumpulan The Flames iaitu Sherry Ibrahim, Kilafairy dan Intan Ladyana telah memilih lagu seperti 'Untukmu', 'Rindu' serta 'Kembali' yang disampaikan dengan cara mereka sendiri. Hasilnya amat menarik dan cukup membanggakan. TERIMA KASIH atas usaha hebat ini!!!

2 ulasan:

  1. Tidak dinafikan The Flames dapat membawa lagu lagu Feminin dengan baik.Mereke memiliki kemantapan suara secara individu yang baik..Tetapi something was missing..Iaitu keceriaan lagu lagu itu yang cuma dapat dibawa oleh penyanyi penyanyi belasan tahun Feminin.Terutama keserasian suara Feminin..

    BalasPadam
  2. Terima kasih admin Just Feminin kerana park video saya kat sini.
    Ikhlas dari Lempoyangkudus.

    BalasPadam