Khamis, November 07, 2013

Malaysia Hari Ini 1997 (Tetamu Jemputan) - Kehadiran


video


Buat julung kalinya Feminin telah diundang sebagai artis jemputan dalam rancangan bual bicara pagi paling berpengaruh di Malaysia, iaitu Malaysia Hari Ini. Ketika ini mereka sedang dalam rangka promosi album 'Kembali' dengan memperkenalkan single pertama album ini... lagu 'Kehadiran'. Selain ditemubual berkenaan album, Feminin turut ditanya mengenai perancangan peribadi masa hadapan mereka sementalah umur masing-masing telah menginjak ke alam dewasa.

Tampil dengan busana ala blaus serba hitam dengan dandanan yang ringkas serta rambut dibiarkan lepas, pemilihan penampilan yang memang kena dengan umur serta bentuk/mood rancangan yang mereka sertai. Di akhir rancangan mereka telah mendendangkan lagu 'Kehadiran' istimewa untuk penonton MHI. Walaupun Feminin sekadar menyanyi secara miming (MHI semasa 1990an masih belum membenarkan tetamu jemputan untuk membuat persembahan secara langsung), impak dan aura persembahan Feminin tetap jitu seterusnya mampu memberi kesan kepada yang menyaksikannya.

Umum mengetahui tidak ramai artis yang mampu menembusi rancangan MHI kerana hanya mereka yang berada dalam kelas tersendiri boleh muncul dalam rancangan ini. Feminin membuktikan yang mereka adalah antara artis yang berada dalam kelompok itu... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan