Ahad, September 29, 2013

Tribute from Other Artist

Bukan sedikit nama besar Feminin memberi impak khususnya kepada lanskap dunia hiburan Malaysia. Atas sebab itu, lagu-lagu dendangan mereka sering menjadi pilihan untuk disampaikan dalam rancangan-rancangan atau majlis-majlis hiburan tanahair. Mungkin sebagai salah satu bentuk penghargaan industri seni kepada legasi serta fenomena yang pernah ditinggalkan oleh Feminin.

Berikut kami kongsikan antara klip-klip video lagu-lagu malar segar Feminin yang disampaikan oleh artis-artis semasa. Secara peribadi, kami amat berterima kasih untuk segala usaha ini kerana sedikit sebanyak mampu mengimbau saat-saat kegemilangan Feminin suatu masa dahulu. Namun, sehingga kini apa yang dapat kami simpulkan, lagu-lagu Feminin hanya lebih sesuai disampaikan oleh mereka sendiri. Walaupun lagu Feminin agak ringkas terutama dari segi susunan nota lagunya, tetapi mungkin kerana ia dibuat khusus untuk mereka ditambah 'attitude' Feminin yang kena dengan lagu, menjadikan penyanyi-penyanyi lain yang menyampaikan lagu ini kurang sesuai untuk dinikmati.



video

Petikan salah satu persembahan hiburan semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Dengan demam KPop yang melanda negara ketika itu, persembahan ini cuba mengenang semula zaman popular MPop di awal 90an dahulu. Feminin sebagai pelopor artis berkumpulan wanita telah dipilih sebagai antara ikonik MPop. Persembahan yang agak sederhana bagi kami... kurang sampai 'roh' MPop...



video

Ini pula persembahan lagu 'Kini' daripada salah seorang  peserta Idola Kecil musim ke-4. Ini antara bukti betapa kuatnya pengaruh yang ditinggalkan oleh Feminin sehingga adik-adik kecil ini mampu menghayati serta menyampaikannya dengan agak baik. Walaupun, mereka belum dilahirkan ketika lagu ini sedang popular, masih banyak yang perlu mereka pelajari, namun satu usaha yang patut dibanggakan... Nice attempt!



video

Ini pula persembahan berkumpulan daripada pelajar-pelajar wanita Akademi  Fantasia musim ke-7. Memilih lagu 'Untukmu' untuk dinyanyikan... rata-rata dari segi melodi serta nyanyian boleh lah diterima namun dari segi persembahan masih terlalu jauh untuk mencapai taraf Feminin.


video

Masih lagi daripada rancangan Akademi Fantasia, kali ini untuk musim ke-8. Peserta bernama Adira telah diberi tugasan untuk mendendangkan lagu 'Kini'. Mungkin ramai yang berpendapat lagu ini kurang sesuai untuk didendangkan dalam rancangan mencari bakat kerana kurang mencabar dari segi vokal, tetapi apa yang lebih utama dan lebih mencabar adalah untuk menyampaikan lagu 'simple' ini dengan lebih berkesan kalau tidak pun menyamai penyanyi asalnya. Itu yang kami lihat peserta ini tidak mampu untuk berikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan