Rabu, Jun 26, 2013

Muzik Muzik 1996 Separuh Akhir - Kini (Live)




video


Ini merupakan penyertaan kali kedua Feminin untuk pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik. Pertandingan yang diadakan pada tahun 1996 ini selain menyokong usaha memartabatkan industri seni, ia juga sebagai misi 'balas dendam' mereka khususnya kepada golongan yang meragui kemampuan Feminin untuk menyanyi secara langsung. Semuanya gara-gara kegagalan Feminin ketika di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 1994 ketika menyampaikan lagu 'Untukmu'.

Segala kritikan yang diterima, mereka perbaiki dan usaha itu bukanlah suatu yang sia-sia bila mana mereka berjaya membuktikan kebolehan menyanyi secara langsung. Kali ini mereka mempertaruhkan lagu 'Kini' gubahan sepenuhnya oleh kumpulan KRU. Walaupun tidak mampu untuk melangkah ke peringkat Juara Lagu, namun kejayaan Feminin menyampaikan lagu ini dengan baik sekali beserta gerak tari yang dipermudahkan berbanding tarian asal untuk versi miming sudah dikira memuaskan.

Dengan mengenakan persalinan skirt 'double layer' dengan diiringi Dee Boyz sebagai penari latar, kemunculan Feminin amat elegan sesuai dengan umur mereka ketika itu yang mula menginjak ke alam dewasa. Semasa rakaman rancangan ini, Feminin kekurangan seorang ahli iaitu Watie yang dikhabarkan kurang sihat. Ketiadaan Watie sebagai 'second lead vocal' mengurangkan sedikit kesempurnaan harmoni mereka, dan kami amat yakin sekiranya Feminin tampil berempat persembahan ini pasti akan lebih sempurna. Apa-apa pun satu persembahan yang amat membanggakan semua!

Jumaat, Jun 21, 2013

The Making Of... MTV Untukmu

Lain dari yang lain... itulah yang dapat kami simpulkan untuk entri kali ini. Eksklusif kami kongsikan pada anda dan belum pernah disiarkan kepada umum, rakaman-rakaman yang diambil ketika pembikinan MTV Untukmu. Secara asasnya, ini merupakan pengalaman pertama Feminin menjayakan rakaman MTV. Walaupun tiada pengalaman, namun disebabkan tahap profesionalism mereka yang tinggi, rakaman MTV ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

MTV ini menggabungkan nyanyian bersama tarian dan juga lakonan. Keseluruhannya sebanyak tiga set rakaman penuh untuk nyanyian berserta tarian telah dilakukan. Satu di stesen KTMB Kuala Lumpur dan dua di Taman Tasik Perdana (dahulu lebih dikenali sebagai Lake Garden). Rakaman-rakaman tersebut kami sertakan di bawah:

 
video

video

video


Untuk adegan lakonan pula, jalan ceritanya agak ringkas sesuai dengan kehendak lirik lagu di mana mengisahkan pasangan kekasih yang terpaksa berpisah disebabkan urusan peribadi. Saat-saat terakhir bersama, mereka nikmati sebelum si kekasih memulakan perjalanan. Kami himpunkan semuanya melalui sisipan berikut:


video



Secara keseluruhan, MTV ini tidaklah sehebat MTV Kini namun memandangkan ianya merupakan MTV pioner daripada Feminin, pujian harus diberi kerana sebagai artis baru ketika itu, mereka berjaya menghasilkan MTV yang 'cacthy' dan kena dengan 'selera' remaja pada masa itu. Untuk hasil terakhir MTV ini anda boleh lah melihatnya pada entri terdahulu (http://justfeminin.blogspot.com/2011/02/mtv-untukmu-feminin.html)... enjoy wacthing!

Rabu, Jun 05, 2013

Photos Collection - Feminin Production

Feminin merupakan antara artis yang bijak mengurus kerjaya mereka. Dengan dibantu serta dibimbing oleh pengurus mereka yang sangat berwawasan, perjalanan karier Feminin dilihat sangat lancar dan meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih baik. Populariti yang mereka kecapi seharusnya seiring dengan pendapatan yang lumayan. Bagi memastikan segalanya tidak sia-sia, mereka maju selangkah ke hadapan lagi dengan menubuhkan 'Feminin Production', syarikat pengurusan yang menguruskan perjalanan seni mereka.

Sebagai simbolik atas kejayaan yang mereka kecapi, Feminin telah melancarkan syarikat mereka dengan merasmikannya secara gilang-gemilang. Serentak dengan itu juga mereka turut memperkenalkan 'fan club' Feminin untuk mengumpulkan semua peminat mereka bagi melaksanakan segala aktiviti secara bersama dan berkongsi segala kegiatan mereka kepada para peminat dengan lebih dekat lagi.


Dihari yang bersejarah... Feminin merasmikan 'Feminin Production'!

Bergambar kenangan di sekitar pejabat mereka.

Feminin dengan t-shirt khusus untuk peminat mereka yang menyertai fan club Feminin.


Di bawah Feminin Production terdapat beberapa anak syarikat yang dikhususkan untuk menguruskan sesuatu bidang yang selari dengan kegiatan Feminin. Antaranya adalah Feminin Studio yang mengurus perjalanan studio samada untuk digunakan sebagai tempat jamming muzik atau latihan tarian. Feminin Butik mengendalikan fesyen dan gaya Feminin untuk dimiliki oleh peminat mereka. Feminin Salon pula menjalankan operasi salon khusus bagi mereka yang ingin mempunyai gaya rambut dan tatarias ala Feminin. Feminin Records turut diwujudkan untuk mengurus segala hakcipta Feminin dan artis-artis di bawah naungan mereka, Tam dan Dee Boyz merupakan artis-artis yang diuruskan oleh Feminin.


Gaya korporat Feminin ketika menguruskan salon mereka...

Sesekali Feminin akan turun ke pandang memberi khidmat salon eksklusif kepada pelanggan mereka. 


Di sini juga turut ditempatkan pejabat urusan Feminin yang menempatkan bilik pengurus mereka serta bilik perbincangan yang sering digunakan untuk tujuan mesyuarat syarikat atau bersama klien-klien mereka. Di pejabat mereka juga ada disediakan ruangan mini galeri yang menghimpunkan segala pemberian/hadiah peminat serta anugerah/pengiktirafan yang Feminin terima sebagai antara cara penghargaan Feminin. Masih kami ingat, antara ruang pejabat yang menjadi tarikan pengunjung adalah 'wall of fame', kawasan yang dihimpunkan semua poster-poster yang pernah Feminin lakukan.


Sesi perbincangan dan penyusunan jadual seni Feminin sering dilakukan secara bersama dengan pengurus mereka iaitu saudara Edd Radze.

Inilah dia 'Wall of Fame' yang terdapat di pejabat Feminin Production!


Sesungguhnya kewujudan Feminin Production menjadi lambang bahawa artis-artis muda seperti Feminin hadir dengan azam untuk berjaya bukan sekadar meraih galmour malah salah satu cara untuk meneroka dunia perniagaan. Langkah ini amat bertepatan sementalah mereka sering menjadi ikon kepada golongan remaja. Semoga usaha bijak ini menjadi ikutan dan contoh kepada peminat-peminat Feminin.


Bergambar dihadapan pejabat mereka.