Jumaat, Januari 18, 2013

Feminin Buktikan!

Antara kontroversi hangat yang pernah menyelubungi kumpulan Feminin dahulu adalah dakwaan pemerhati dunia seni bahawa mereka tidak boleh menyanyi secara 'live'. Sebagai peminat yang setia mengikuti mereka dari 'zero to hero'... kami sangkal dan tidak menyetujui dakwaan ini. Memang dari segi vokal Feminin tidak lah sehebat Ziana Zain atau Siti Nurhaliza, namun mereka tetap boleh menyanyi secara langsung!

Kebanyakkan persembahan mereka dilakukan secara 'miming' adalah kerana permintaan peminat mereka sendiri yang ingin menyaksikan persembahan lengkap mereka yang umum mengetahui kehebatan geraktari dan konsep persembahan yang sentiasa dilakukan lain dari yang lain. Disebabkan untuk menyanyi sambil menari (tidak sekadar goyang ringan...) bukan satu tugas yang mudah. Untuk memberi kepuasan kepada peminat mereka, jalan selamat adalah menyanyi secara 'miming'.

Walau pun begitu, hakikat yang mereka boleh menyanyi tidak perlu dipersoalkan. Atas sebab itu, dalam rancangan TV istimewa iaitu Fiesta HMI terbitan RTM, Feminin telah memilih untuk menyanyi secara langsung untuk semua lagu yang mereka dendangkan. Diakui tidaklah sesempurna di dalam album, tetapi dari segi tempo, harmoni serta melodi ditambah pula dengan 'showmanship' yang hebat, mereka tetap boleh dibanggakan. Berikut adalah video klip-video klip persembahan mereka sepanjang rancangan ini. Saksikan... dan ternyata... Feminin telah BUKTIKAN!!!


video
Mempersembahankan lagu 'Rindu' dengan geraktari yang sedikit dipermudahkan daripada geraktari lengkap untuk lagu ini.


video
'Secret' daripada Feminin sebagai penghargaan kepada idola mereka iaitu Madonna... bukti mereka boleh melakukan harmoni dalam nyanyian.


video
Menyampaikan lagu 'Tetap Bersama' berserta geraktari asal tanpa dipermudahkan.


video
Menyanyikan lagu 'Tanpa Curiga', lagu bonus untuk CD 'Kini'. Kematangan vokal mereka terserlah dalam lagu berentak perlahan ini.


5 ulasan:

  1. hebat live mereka..tp suara latar sgt annoying..heheh

    BalasPadam
  2. Memang diakui Feminin mampu menyanyi secara live... ini antara buktinya!

    BalasPadam
  3. feminin tetap selamanya..

    BalasPadam
  4. mcm mna nk dptkan CD Feminin.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. CD2 Feminin sudah tiada lagi di pasaran terbuka. Klu nk cari juga boleh try nasib dgn bertanya sesama fan Feminin s/ada yg ingin menjual kerana ada yg mempunyai lebih dr satu salinan CD.

      Utk yg tidak berpeluang memiliki CD Feminin, boleh lah download semua lagu2 mereka, link de tersedia dlm blog ini pd entry sebelum.

      Padam