Sabtu, Disember 08, 2012

Feminin terKINI

Setelah lebih 10 tahun Feminin mengundurkan diri dari persada muzik tanahair (selepas kali terakhir muncul dengan lagu 'Untukmu... Kini'), ramai yang ingin tahu apakah perkembangan terbaru setiap ahli Feminin. Entri ini kami kongsikan maklumat terbaru mengenai mereka. Kami juga sertakan akaun facebook peribadi mereka, para pembaca sekalian boleh lah menambah mereka sebagai rakan anda untuk mengetahui lebih lanjut perihal Feminin.
 
Asfarina Muhammad (AS)
 
Kerjaya : Suri rumah
Status : Berkahwin
Anak : 3 orang (2 lelaki 1 perempuan)
Facebook : Asfarina Muhammad
Menetap : Kuala Lumpur






Foto terkini As yang masih kekal cantik walaupun sudah sedikit berisi.


Nor Intan Zanariah Zaharin (Deq Nor)

Kerjaya : Bekerja
Status : Bercerai
Anak : 3 orang (2 lelaki 1 perempuan)
Facebook : Intan Zanariah Zaharin
Menetap : Kuala Lumpur






Deq Nor tetap tampil cute walaupun sudah punya 3 anak. Masih kurus seperti dulu...


Ruzilawati Muhammad (Watie)

Kerjaya : Suri Rumah
Status : Berkahwin
Anak : 3 org (1 lelaki 2 perempuan)
Facebook : Watie Ome
Menetap : Kuala Lumpur






Masih terserlah ayunya dan kekal 'low profile'.


Andriaty Abdul Rahman (Yatie)

Kerjaya : Bekerja
Status : Berkahwin
Anak : Tiada
Facebook : Andriaty Abdul Rahman
Menetap : Luar Negara






Bersama abg Edd di salah sebuah majlis korporat. Yatie masih ceria dan giat membina kerjayanya. 


Nor Askeila Zainal Abidin (Along)

Kerjaya : Bekerja
Status : Berkahwin
Anak : Seorang perempuan
Facebook : Nora Zainal
Menetap : Kuala Lumpur






Mama 'vogue' tetapi masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran.

Nota :
1. Antara maklumat yang dipaparkan kami sengaja umum kan bagi menghormati privasi Feminin.
2. Untuk GOFF di Singapura dan selatan Malaysia, nantikan kemunculan Feminin dalam rancangan 90an Gerek di saluran Suria pada bulan Februari tahun hadapan!

18 ulasan:

  1. bior benat deq nor dah cerai?? kat mana dia keje skang? buah hati aku tu 20 tahun dulu!!

    BalasPadam
  2. Boleh letak kan umur @ tarikh lahir ahli2 femenin x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biodata anggota Feminin termasuk tarikh lahir telah kami kongsi dalam entri terdahulu. Sila ke entri ini... http://justfeminin.blogspot.com/2009/12/feminin-member-biodata.html

      Padam
  3. As dengan Deq Nor,
    Peminatmu satu ketika dulu. Sekarang pun masih lagi. Hehe..

    BalasPadam
  4. Eh,
    Biar betul Deq Noor dah bercerai? Admin tolong check information dari Deq Noor sendiri. Doakan yang terbaik untuk Deq Noor untuk diri dan keluarga beliau.

    BalasPadam
  5. Diorang masih lagi caj RM 1,200 satu shot?

    BalasPadam
  6. Deq Nor sedang berbahagia dengan kehidupan baru sebagai ibu tunggal. Berkenaan caj, memandangkan Feminin telah bersara dari dunia hiburan tiada caj rasmi terkini yang telah ditetapkan. Mana-mana produksi yang ingin mendapatkan Feminin untuk sebarang tujuan bolehlah berurusan terus dengan mereka secara personal.

    BalasPadam
  7. Kak long pon ader tapi skrng dia dh ader 2 ank ank dia yg lelaki tu dh 1 lebih dh

    BalasPadam
  8. Rindu giler dgn feminin..aku teringin nak ada gambar kenangan dgn dia org semua ni...harap buat lah satu majlis utk peminat2..aku ada masuk club feminin dulu..dulu nak jumpe feminin aku baru tingkatan 1 kot waktu zaman gemilang dia org..skrg dh duduk kl harap2 dpt la jumpe yer walaupun semua dah bnyk perubahan...miss u and love u all until now..tak ade group yg menjadi dlm industri muzik malaysia until now selain FEMiNIN hingga KINI. Mr.Fylio♥♥♥♥

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah klu x de aral, reunion Feminin & GOFF akan diadakan tahun hadapan. Plan asal nk buat Jun 2013 kena postpone due some reason yg tidak dpt dielakkan. Tunggu maklumat lanjut yg akan diumukan dari semasa ke semasa.

      Padam
  9. Dah lama tak dengar cerita pasal Along. Apa khabar dia sekarang ye? Aku peminat Along sejak dari dulu lagi (1993). Rindu dgn group Feminin

    BalasPadam
  10. Along still keep in touch dgn kami thru FB. Dia hidup sejahtera bersama keluarganya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  11. Wahhh.. Kan syok Kalau lagu2 diorangni putar balik kat kaca tv.. Then bila ramai yg teringat balik.. Pe Kate bawak kat Jom heboh..Heeee..pendapat je ..supaye feminim naik balik.. Rindulah..rase nk putarkan balik zaman..terimas sgt2 admin.. Keep going..

    BalasPadam
  12. Zaman mereka sudah berlalu.Mereka naik sebagai band remaja..Kekuatan mereka adalah teamwork samada suara atau tarian..Jadi bila usia mengambil tempat dah tak sesuai lagi mereka beraksi saperti dulu.Dan mereka pun tidak berminat untuk kembali lagi..Usia mereka skg pun sudah 40an.Masa untuk menumpukan kepada perkara lain didlm hidup.Mereka bahagia dengan kehidupan mereka sekarang.

    Biarkanlah memori mereka tingggal sebagai memori yang dimainkan selalu didlm cd,youtube dan sekali sekali dijemput kat tv untuk mengimbau kembali kenangan lama.Girl band tehebat setakat ini.Belum ada tandingnya lagi..

    Terima kasih Feminin diatas muzik dan tarian anda.Kenangan anda sentiasa bersama peminat peminat anda.You are still the best

    BalasPadam
  13. pernah jatuh cinta dgn AS walaupun cuma dpt tgk gambar je...ahahhaha.

    BalasPadam
  14. Ya betul...biarkan ia menjadi memori untuk kita dan mereka...terima kasih feminin kerana menceriakan zaman kanak2 kami...

    BalasPadam