Rabu, Februari 01, 2012

Untukmu - TV Performances

Untuk entri bulan ini, kami kongsikan rakaman-rakaman rancangan TV di awal kemunculan Feminin dalam industri hiburan tanahair. Nama Feminin melonjak naik dan menjadi kegilaan remaja ketika itu dek penangan lagu 'Untukmu', single pertama mereka yang berjaya mencipta kesan serta evolusi dunia muzik tanahair. Ketika ini mereka masih berusia belasan tahun dan berlima sebelum Along mengundur diri atas sebab peribadi. Terimalah lagu 'berhantu' Feminin iaitu 'Untukmu' dari dua rancangan hiburan paling berpengaruh di era 90-an!


Untukmu @ Hiburan Minggu Ini - Hiburan Minggu Ini atau lebih dikenali sebagai HMI merupakan rancangan terbitan RTM yang amat berpengaruh suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan hampir setiap artis mahu muncul dalam rancangan ini khususnya semasa mereka hadir dengan produk baru sebagai platform utama mempromosikan lagu mereka. Pihak produksi HMI biasanya lebih mengutamakan lagu-lagu atau artis-artis yang sedang popular untuk muncul dalam rancangan ini. 

Feminin antara artis yang berada dipuncak ketika itu sering diundang untuk menjayakan HMI. Rakaman ini dipercayai merupakan rakaman TV pertama Feminin setelah muncul sebagai artis baru. Ternyata pengalaman mereka yang tidak seberapa, tidak mencacatkan sedikit pun persembahan ini. Feminin ternyata mampu tampil segar dan relevan pada zaman itu.


video


Untukmu @ Muzik-Muzik - Muzik-Muzik merupakan rancangan hiburan utama di TV3. Sebagai saluran TV baru ketika itu, rancangan ini dilihat mampu menyaingi rancangan HMI. Rancangan yang berkonsepkan lagu carta popular ini menjadi platform artis-artis untuk menilai tahap populariti lagu dendangan mereka. Feminin turut tidak ketinggalan untuk mencalonkan lagu utama mereka iaitu 'Untukmu'.

Rakaman ini merupakan kemunculan sulung Feminin dalam rancangan Muzik-Muzik. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia bila mana lagu ini terus berjaya menjadi juara dan terpilih untuk ke separuh akhir Juara Lagu 1993. Feminin muncul dengan busana kuning yang menjadi penghias album pertama mereka dengan imej remaja yang 'easy going' dan 'happy go lucky'!

video