Khamis, Disember 27, 2012

FEMININ is OK!

Pejam celik, pejam celik... sudah tiga tahun kami wujud di dunia maya berkongsi minat yang sama dengan anda semua iaitu... FEMININ. Kami tidak menjangka akan bertahan begini lama, namun hakikatnya masih ramai yang meminati Feminin di luar sana memberi kami semangat untuk meneruskan usaha mengumpul Gang of Feminin Fan (dikenali juga sebagai GOFF) di mana sahaja anda berada.


Feminin is OK!

Kita semakin besar, dengan kunjungan blog yang mencecah 34000 lawatan dengan lebih 60 follower disamping rakan-rakan melebihi 500 di facebook dengan lebih 250 'like' di fanpage... kami yakin dengan sokongan GOFF, insya-Allah blog ini akan bertahan untuk tahun-tahun mendatang.

TERIMA KASIH terutama kepada GOFF yang selalu memberi cadangan serta sokongan dan tidak lupa mereka yang menyumbang bahan serta pandangan agar blog ini amnya dan Feminin khususnya terus relevan sepanjang zaman.

Kepada semua GOFF, kami memohon kerjasama anda untuk bersama-sama kami mengumpulkan lebih ramai GOFF supaya komuniti kita ini lebih meriah. Sila promosikan perkara-perkara berikut samada melalui blog anda, akaun rangkaian sosial anda atau dalam apa cara sekali pun...


Figura sensasi yang menyatukan kita semua...

Hubungi kami : justfeminin@gmail.com

Kenali kami : http://justfeminin.blogspot.com/

Saksikan kami : youtube, search 'JustFeminin'

Sertai kami : facebook, search 'Just Feminin'

'Like' kami di facebook : search 'Kumpulan Feminin'

'Follow' kami di twitter : search 'JustFeminin'



Rabu, Disember 19, 2012

Gang of Feminin Fan - 053 - 055



Just Feminin is welcoming our new follower as follows:




Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Sabtu, Disember 08, 2012

Feminin terKINI

Setelah lebih 10 tahun Feminin mengundurkan diri dari persada muzik tanahair (selepas kali terakhir muncul dengan lagu 'Untukmu... Kini'), ramai yang ingin tahu apakah perkembangan terbaru setiap ahli Feminin. Entri ini kami kongsikan maklumat terbaru mengenai mereka. Kami juga sertakan akaun facebook peribadi mereka, para pembaca sekalian boleh lah menambah mereka sebagai rakan anda untuk mengetahui lebih lanjut perihal Feminin.
 
Asfarina Muhammad (AS)
 
Kerjaya : Suri rumah
Status : Berkahwin
Anak : 3 orang (2 lelaki 1 perempuan)
Facebook : Asfarina Muhammad
Menetap : Kuala Lumpur






Foto terkini As yang masih kekal cantik walaupun sudah sedikit berisi.


Nor Intan Zanariah Zaharin (Deq Nor)

Kerjaya : Bekerja
Status : Bercerai
Anak : 3 orang (2 lelaki 1 perempuan)
Facebook : Intan Zanariah Zaharin
Menetap : Kuala Lumpur






Deq Nor tetap tampil cute walaupun sudah punya 3 anak. Masih kurus seperti dulu...


Ruzilawati Muhammad (Watie)

Kerjaya : Suri Rumah
Status : Berkahwin
Anak : 3 org (1 lelaki 2 perempuan)
Facebook : Watie Ome
Menetap : Kuala Lumpur






Masih terserlah ayunya dan kekal 'low profile'.


Andriaty Abdul Rahman (Yatie)

Kerjaya : Bekerja
Status : Berkahwin
Anak : Tiada
Facebook : Andriaty Abdul Rahman
Menetap : Luar Negara






Bersama abg Edd di salah sebuah majlis korporat. Yatie masih ceria dan giat membina kerjayanya. 


Nor Askeila Zainal Abidin (Along)

Kerjaya : Bekerja
Status : Berkahwin
Anak : Seorang perempuan
Facebook : Nora Zainal
Menetap : Kuala Lumpur






Mama 'vogue' tetapi masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran.

Nota :
1. Antara maklumat yang dipaparkan kami sengaja umum kan bagi menghormati privasi Feminin.
2. Untuk GOFF di Singapura dan selatan Malaysia, nantikan kemunculan Feminin dalam rancangan 90an Gerek di saluran Suria pada bulan Februari tahun hadapan!

Rabu, November 07, 2012

Photos Collection - From FEMININ With Luv

Pelbagai cara boleh diterjemahkan oleh kita sebagai tanda sokongan terhadap kumpulan kesayangan ramai... Feminin. Selain membeli album-album dan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka atau pun menghadiri setiap persembahan Feminin, antara yang menjadi bukti meminati Feminin adalah mendapatkan tandatangan autograf mereka.

Selain sebagai tanda peminat setia, ia juga boleh menjadi kenang-kenangan yang tidak ternilai harganya sampai bila-bila. Dengan sumbangan juga kongsian anda semua, kami himpunkan kali ini gambar-gambar tandatangan autograf Feminin untuk tatapan semua.


The fabulous 5... tandatangan Feminin ketika di awal kemunculan mereka. Along masih ada menganggotai Feminin ketika ini.


The perfect 5... menurunkan autograf pada salah satu gambar master piece Feminin untuk peminat mereka.


Poster promosi album 'Kini' yang ditandatangani oleh Feminin untuk diedarkan kepada pembeli album serta ketika mereka mengadakan 'road tour promotion'.


Poster daripada majalah Media Hiburan yang disertakan autograf mereka khusus untuk pembaca MH.


Bagi berlaku adil, ini pula poster daripada majalah URTV yang turut disertakan autograf mereka khusus untuk pembaca URTV.


Daripada salah seorang peminat setia Feminin... Feminin menurunkan autograf mereka pada saputangan. Terbaek!!!


Antara bahan promosi ketika pelancaran album 'Kembali'. Poster yang ditandatangani secara langsung ketika sesi promosi bertemu dengan peminat.


Kongsian salah seorang GOFF yang berjaya mendapatkan tandatangan terkini  Feminin ketika Album Kompilasi mereka dikeluarkan. Satu usaha yang amat hebat walaupun hanya tandatangan Yatie dan Deq Nor.




Sesungguhnya, sebagai peminat banyak cara boleh dilakukan untuk menzahirkan tanda sokongan serta minat mendalam kita terhadap Feminin. Pada masa yang sama pelbagai cara juga telah diusahakan Feminin untuk memberi kepuasan kepada para peminat mereka, kerana diakui bukan mudah untuk Feminin menemui setiap peminat mereka secara berdepan... untuk menghargai dokongan hebat semua, inilah antara tanda-tanda 'From Feminin With Luv'...

Rabu, Oktober 03, 2012

Yatie Terbang Tinggi

Artikel diambil daripada Berita Harian - Sisipan Ratu


PADA awal 90-an, beliau pernah menganggotai kumpulan wanita popular, Feminin. Menjadi ikon remaja, tumpuan ramai dalam bidang hiburan ketika itu, kini beliau bersara sepenuhnya dalam arena muzik sebaliknya hanya fokus kepada kerjaya dan keluarga.


Mendiamkan diri bagi Andriati Abdul Rahman, 32, adalah lebih baik kerana beliau sememangnya tidak meminati dunia hiburan. Sejak kecil, beliau tidak pernah terfikir atau mengimpikan untuk menjadi penyanyi, malah lebih mengejar cita-cita untuk memiliki kerjaya profesional.

Beliau yang sinonim dengan gelaran Yatie ketika bersama Feminin dan tiga rakan lain, Asfarina Muhamad atau As, Rozilawati Muhamad (Watie), Nor Intan Zahanariah Abdul Zahrin (Deq Nor), kini adalah orang kedua terpenting dalam sebuah syarikat penerbangan tambang murah, FireFly Sdn Bhd.

Fokus dalam pelajaran walaupun sibuk dalam dunia nyanyian ketika berusia 15 tahun, Yatie mengimpikan kerjaya sendiri. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Perkhidmatan Sokongan yang juga sebaris dengan mereka yang berjawatan Ketua Pegawai Kewangan atau CFO iaitu orang kedua terpenting dalam sesebuah organisasi.

Yatie berkata, gaya hidup sebagai artis berbeza jika dibandingkan dulu dan sekarang. Ia bagaikan satu transformasi kehidupan yang mana sebagai artis yang sentiasa sibuk dengan persembahan nyanyian, kini hidupnya lebih bahagia menjadi orang 'kebanyakan' atau biasa yang tidak menjadi tumpuan ramai.

"Saya terbabit dalam industri penerbangan sejak lapan tahun lalu. Bukan saja menguruskan hal kewangan syarikat, sebaliknya pengurusan hasil serta membabitkan sumber manusia dalam anak syarikat penerbangan kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Setiap bidang tugas saya akui mempunyai cabaran tersendiri.

"Sejak berkhidmat di FireFly, cabaran yang ditempuhi ialah mencari strategi serta cara untuk memberi keuntungan kepada syarikat. Usaha dan kerjasama rapat antara pasukan jabatan serta menggunakan pengalaman dan ilmu yang ada, adalah cara menangani cabaran berkenaan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, baru-baru ini.

Ketika bersama Feminin, Yatie juga pernah menjadi kegilaan remaja apabila kumpulan itu popular dengan lagu Untukmu, Kini dan Kembali, namun kumpulan berkenaan bubar selepas masing-masing ahli kumpulan membuat haluan sendiri. Ketika menganggotai kumpulan berkenaan, beliau sibuk dengan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walaupun sibuk menyanyi, Andriaty masih memberi tumpuan kepada pelajaran dan beliau meneruskan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan kewangan.

"Alhamdulillah, saya dapat menguruskan kedua-dua bidang berkenaan. Tetapi, kini saya tidak lagi terbabit dalam dunia nyanyian. Sebenarnya, saya kurang meminati dunia hiburan namun saya boleh memberi sepenuhnya masa kepada karier yang sebenarnya saya impikan. Walaupun saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan tidak hidup dalam dunia glamor, saya bersyukur dan bangga dengan kewujudan kumpulan itu.

"Apabila menjadi ahli kumpulan Feminin, ia bagaikan satu bonus dalam hidup saya, malah saya berasa bangga dan menghargai kenangan silam bersama empat lagi rakan iaitu As, Wanite, Deq Nor dan Along," katanya.

Ditanya mengenai perasaan sekarang selepas tidak lagi terbabit dalam bidang hiburan, beliau yang juga isteri kepada Ketua Penyelidikan Global MCeD, Zalizan Mohamed Noh, berasakan hidup bebas seperti orang biasa.

Diam tak diam, anak kelahiran ibu kota itu sudah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu. Kehidupan beliau bahagia walaupun masing-masing sibuk dengan tugas pejabat.

"Sebagai isteri bekerja dan suami juga memiliki kerjaya sendiri, tidak dinafikan kami sentiasa sibuk. Namun, kami akan pastikan mempunyai masa bersama untuk makan malam setiap hari serta melakukan aktiviti hujung minggu bersama.

"Walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata, ia tidak menjadi isu dalam membahagikan masa. Jika Tuhan kurniakan rezeki anak, saya perlu merancang masa untuk anak pula," katanya sambil tersenyum sambil berharap dan merancang untuk membesarkan keluarga.

Bidang kerjaya sangat mementingkan penampilan dan kecantikan diri. Bagi Yatie, beliau hanya mengamalkan rutin penjagaan harian seperti orang lain. Beliau juga tidak mengamalkan penjagaan diri di pusat rawatan kecantikan seperti spa kerana penjagaan makanan dan amalan sihat sudah cukup untuk tampil cantik.


Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.
Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.



Rabu, September 05, 2012

Photos Collection - Hari Raya (Part 5)

Mungkin ramai yang kurang menyedari, di zaman kegemilangan Feminin dahulu mereka jarang mengadakan sesi bergambar bersama artis-artis lain. Hal ini terjadi bukan kerana Feminin tidak suka disatukan dengan mana-mana artis tetapi mungkin kerana pihak penerbitan mendapati Feminin sesuai tampil sendirian dek kerana imej dan gaya yang hampir sempurna untuk satu-satu sesi fotografi.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna mereka tidak pernah bergambar bersama-sama artis lain terutamanya apabila tiba musim hari raya. Cumanya jika diperhatikan, artis-artis yang digandingkan bersama mereka mesti mempunyai imej serta gaya yang selari dengan Feminin agar hasilnya 'superb' dan tidak nampak janggal.

Untuk itu, ini lah kami tampilkan koleksi kurniaan di hari raya Feminin bergambar kenangan dengan artis-artis yang seangkatan mereka pada masa itu... Salam Lebaran...


Raya bersama kumpulan Shades

Feminin menggayakan busana kampung kontemporari untuk sesi fotografi dengan majalah Media Hiburan bersama kumpulan Shades. Pemilihan fabrik yang bukan dari material kebiasaan dengan warna garang menjadikan persalinan tradisional ini tampak lebih 'current' dan 'catchy' serta kena dengan selera remaja pada masa itu.

Shades juga mengenakan persalinan baju Melayu yang menggunakan material senada dengan Feminin menjadikannya kelihatan sepadan dan sesuai untuk tatapan dan pilihan anak muda untuk digayakan pada pagi Syawal.
Feminin bergaya dengan kebaya polos bewarna cerah yang dipadankan dengan selindang putih. Dandanan rambut yang ditocang dan disanggul menjadikan tema tradisional kontemporari amat memikat hati.


Kurung Kedah biasanya dipakai untuk basahan harian namun menjadi esklusif bilamana Feminin mencorakkannya dengan fabrik kotak-kotak bewarna garang yang dipadankan dengan kain dari tema warna setiap anggota Feminin. Gaya rambut yang futuristik menjadikan gaya 'harian' ini lebih mahal!


Raya bersama kumpulan KRU

Umum mengetahui KRU merupakan antara mereka yang terlibat secara langsung dalam melonjakkan fenomena Feminin di Malaysia. Atas kelebihan itu, KRU menjadi antara artis yang sering digandingkan bersama Feminin dalam sesi fotografi  khususnya untuk musim raya.

Feminin bersama mentor mereka KRU! Mengenakan persalinan kebarung (hibrid kebaya + baju kurung), fesyen yang menjadi kegilaan pada masa itu. Hakikatnya gaya ini biasa-biasa sahaja namun dengan penampilan Feminin yang berambut pendek dengan anting-anting besar ternyata memberi impak yang luar biasa menariknya!


Lagi sesi raya dengan Media Hiburan... Feminin memilih untuk memakai kebaya pendek mengikut ukuran badan. Seperti biasa dengan pemilihan material serta corak fabrik yang berani yang ditambah pula dengan rambut yang ditocang dengan serian riben memberi kesan visual yang elegan dan penuh dengan gaya 'signature' Feminin. 


Raya bersama Tam dan kumpulan Dee Boyz

Feminin tampil santai yang diserikan dengan busana yang agak bebas dari segi material serta corak. Namun dengan fesyen klasik yang diserikan dengan solekan cara Feminin menjadinya tetap tidak jemu untuk mata memandang.

Tam dan Dee Boyz (kumpulan penari iringan Feminin) digandingkan bersama Feminin untuk sesi fotografi raya akhbar sisipan Pancaindera.

Ahad, Ogos 26, 2012

Gang of Feminin Fan - 045 - 052



Just Feminin is welcoming our new follower as follows:

 
Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Khamis, Ogos 09, 2012

Temasya Aidilfitri

Dengan mood raya yang semakin meningkat, kami serlahkan lagi dengan berkongsi klip video rancangan Temasya Aidilfitri. Sebuah rancangan terbitan RTM yang boleh dikategorikan sebagai rancangan raya nombor 1 wajib tonton pada sekitar tahun 80an dan 90an. Di zaman kemuncaknya, rancangan ini disiarkan secara langsung, biasanya pada malam raya kedua.

Para artis ternyata berebut-rebut untuk turut serta terlibat setiap tahun dan mereka sanggup beraya di KL semata-mata bagi menjayakan Temasya Aidilfitri. Namun hanya artis ternama dan tengah 'in' pada masa itu biasanya akan diundang memeriahkan rancangan ini.

Feminin antara artis yang sedang popular di awal 90an ternyata menjadi pilihan tepat pihak RTM bagi menjadikan rancangan sentiasa relevan selain mampu menarik golongan remaja menyaksikan rancangan ini.

Kemunculan pertama Feminin pada rancangan ini adalah pada tahun 1993. Dengan ledakan kemunculan kumpulan padu suara ketika itu, terdapat satu segmen khusus untuk irama rap. Feminin dan Res2 disatukan dengan Feminin telah mendendangkan lagu bertajuk 'Feminin', sebuah lagu pengenalan mereka. Berikut adalah klip video ketika Feminin membuat persembahan yang cukup bertenaga.

video


Selalunya, segmen terakhir Temasya Aidilfitri adalah nyanyian ramai lagu-lagu raya daripada semua artis yang terlibat pada rancangan ini. Inilah segmen yang sentiasa ditunggu-tunggu penonton dan akan diulang tayang secara selingan pada musim raya tahun hadapan pula. Klip video seterusnya adalah segmen akhir Temasya Aidilfitri 1993.

video


Populariti Feminin yang terus kekal dipuncak menyebabkan mereka diundang sekali lagi bagi menjayakan Temasya Aidilfitri tahun 1994. Untuk edisi kali ini, Feminin telah mendendangkan lagu raya 'berhantu' mereka iaitu 'Kurniaan Hari Raya'. Kami mohon maaf tidak dapat berkongsi detik manis ini kerana klip video ini tiada dalam simpanan kami. Walau apapun, persembahan Feminin pada masa itu memang menarik dan berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

Untuk mengubat sedikit kekecewaan gang semua, kami hanya ada menyimpan klip video segmen akhir Temasya Aidilfitri 1994, persembahan kemuncak dan juga penutup rancangan ini. 

video


Namun kini, rancangan raya ini hanya tinggal kenangan. Bagi mereka yang pernah dihiburkan dengan rancangan raya ini, amat mengalu-alukan sekiranya pihak RTM berhajat untuk menghidupkannya kembali. Ia memang ada kelainan dan yang paling utama ianya mampu menceriakan lagi suasana raya kita.

Selasa, Julai 24, 2012

The 'A' Team!!!

Dengan bangganya kami perkenalkan mereka yang terlibat secara langsung sebagai tulang belakang kepada kemunculan Feminin. Fenomena industri seni tanahair tercipta setersunya melahirkan legenda yang tidak ternilai.

Pengurus dan Perunding Imej
  • Dari mula kemunculan Feminin sehingga ke akhir garisan, Feminin telah diuruskan oleh saudara Edd Razhe. Beliau yang turut bertindak sebagai perunding imej Feminin dilihat sebagai 'mastermind' kepada kemunculan seterusnya meletakkan Feminin pada tahap yang amat membanggakan.
  • Saudara Edd kini sedang berkhidmat di AirAsia sebagai pembantu peribadi kepada Chairman dan Group Deputy CEO.

The man behind Feminin's Success!
Saudara Edd... Kini...


Jurumekap
  • Untuk album pertama dan kedua, jurumekap Feminin adalah saudara Lan. Gaya mekapnya 'simple' dan lebih semulajadi. Sesuai dengan imej serta penampilan Feminin yang lebih ke arah keremajaan yang bergerak aktif.
  • Untuk album ketiga sehingga Feminin berundur dari persada seni tanahair, mereka telah ditatarias oleh jurumekap yang amat dikenali iaitu Nurul Shukor. Kemahiran Nurul Shukor dalam menatarias wanita dewasa sememangnya kena dengan perubahan umur serta imej Feminin yang semakin matang ketika itu.

Saudara Lan sedang memberi sentuhan akhir kepada 'rupa' Feminin.

Nurul Shukor... Ikonik jurumekap negara...

Jurutari
  • Feminin telah dibimbing oleh jurutari saudara Anuar untuk album 'Untukmu' dan 'Kini'. Jika diperhatikan, hasil sentuhan saudara Anuar kepada koreografi Feminin adalah unik, lincah dan tersendiri menjadikan Feminin dilihat lain dari yang lain serta berjaya menyuntik nafas baru dalam dunia tari Malaysia. Kesannya, selain diminati dari segi lagu dan imej, Feminin juga digilai dari bentuk gerak tari.
  • Menginjak ke dunia dewasa, Feminin telah bertukar jurutari. Untuk album 'Kembali' mereka telah menggunakan dua orang jurutari iaitu saudari Cynthia untuk lagu 'moderate' dan saudara Pat Ibrahim (salah seorang jurutari ternama Malaysia ketika ini) untuk lagu 'fast'.
Saudara Anuar bersama 'anak didik' nya...

Pat Ibrahim... seorang lagi ikonik negara tapi yang ini untuk bidang koreografi.


Sesungguhnya mereka inilah yang bertanggungjawab memerah idea semata-mata untuk mencari kelainan dan mewujudkan keunikan kepada Feminin. Selayaknya kumpulan ini digelar sebagai THE 'A' TEAM!

Rabu, Julai 04, 2012

Photos Collection - Feminin Bersama Peminat

Peminat dan artis umpama aur dan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Selain bakat serta pakej yang tersendiri, kejayaan seseorang artis memang banyaknya bergantung kepada sokongan peminat. Menyedari hakikat ini, kumpulan Feminin memang dikenali antara artis yang sering menghargai sokongan para peminat mereka sementalah ramai di kalangan peminat mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak serta para remaja.

Untuk mengimbau detik itu, kami himpunkan foto-foto saat Feminin bermesra bersama peminat mereka.

Bergambar dengan peminat cilik mereka ketika hadir dalam sebuah majlis sambutan hari raya.

Masih sempat meluangkan masa bermesra bersama peminat kecil mereka semasa sesi fotografi raya majalah URTV.

Rombongan Feminin and Fans ke Port Dickson... Feminin bersama penari mereka...

Gambar kenangan rombongan Feminin and Fans di PD.

Feminin tidak kisah untuk makan diwarung... berehat selepas penat mengikuti aktiviti bersama peminat di PD.

Bersama mereka yang menjadi tulang belakang Feminin ketika meraikan sambutan hari jadi Deq Nor.

Feminin turun padang menyokong Hari Aids Sedunia, selesa dalam gaya santai melayani pengunjung.

Tekun memberi autograf seusai konsert mereka di Genting Highlands.


Penghargaan kami rakamkan kepada Gang of Feminin Fan yang sudi berkongsi momen indah ini kepada kami untuk tatapan kita semua... Mungkin ada di antara gambar-gambar ini terselit gambar anda, berbanggalah kerana ianya suatu yang perlu dikenang dan tidak ternilai harganya...

Rabu, Jun 27, 2012

Kami Berwajah Baru...

Setelah hampir 3 tahun blog ini diwujudkan, kami rasa sudah sampai masa ianya berwajah baru. Kalau dahulu blog kita lebih bertemakan warna merah jambu, kini kami memilih untuk tampil lebih elegan dengan memilih warna biru lembut.

Wajah lama blog kita

Manakala foto Feminin pula kami ambil daripada koleksi mereka yang tampil 'effortless' dalam tatarias serta berpenampilan ringkas tetapi menarik. Foto-foto yang dipilih menampakkan kecantikan, keayuan dan sisi Feminin yang lebih natural dan semulajadi.

Just Feminin kini tampil serba baru untuk anda...

Semoga Gang of Feminin semua berpuas hati dengan rupa baru blog ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan ulasan membina demi memastikan blog kita ini terus menarik dan lebih dekat dihati kita.

Kami juga ingin menyeru kepada semua gang agar dapat berkongsi segala bahan berkenaan Feminin yang masih ada dalam simpanan anda supaya dapat kami gunakan untuk tatapan gang yang lain. Hantarkan segala pandangan serta sumbangan bahan kepada kami menggunakan email ini justfeminin@gmail.com.

Terima kasih semua, teruslah menyokong kami kerana FEMININ IS OK!

Sabtu, Jun 16, 2012

Photos Collection - Transformasi Feminin

Tindakan berani serta kreativiti tanpa had yang diamalkan Feminin merupakan suatu tanda aras tersendiri dalam  imej artis berkumpulan khususnya serta dunia seni tanahair amnya. Keberanian Feminin bereksperimentasi dalam penampilan mereka bukan sahaja menjadikan mereka dikenali malah sering menjadi ikutan serta rujukan remaja dalam berfesyen ketika itu .

Untuk entri kali ini, kami paparkan gaya-gaya serta imej-imej Feminin selama 6 tahun mereka bergerak aktif sebagai pelopor artis berkumpulan wanita Malaysia. Dari remaja biasa kepada 'trendy and sassy', from zero to hero... inilah FEMININ... suatu transformasi from 1992 to 1997...

Di awal kemunculan, mereka masih mencari arah dalam berpenampilan. Tampil dengan gaya santai remaja ternyata kurang memberi impak kepada dunia hiburan Malaysia.

Setelah muncul dengan debut album 'Untukmu', Feminin menukar penampilan dengan memotong rambut pendek ala helmet sesuai dengan konsep muzik yang dibawa yang memerlukan mereka bergerak aktif ketika beraksi.

Berimej rambut pendek yang diiringi fesyen yang tersendiri, kemunculan mereka sering dinanti-nanti peminat untuk mengetahui fesyen terbaru mereka.

Feminin menukar lagi gaya rambut mereka kepada potongan 'boy cut' sempena kelahiran album studio kedua mereka 'Kini'. Imej ini memang menjadi dan menjadikan mereka diiktiraf sebagai berani dan trend setter remaja waktu itu...

Seiring dengan penambahan umur mereka, Feminin memilih untuk tampil sedikit dewasa tetapi dalam acuan Feminin sendiri.

Gaya rambut Feminin ketika hadir dengan album studio ketiga, 'Kembali'. Mereka mengikalkan rambut yang disatukan dengan pemilihan busana yang sedikit seksi.

Gaya ayu gadis pinggitan dari Feminin. Membuktikan Feminin sesuai untuk semua jenis gadis yang ada di Malaysia.

Gaya urban pula dari Feminin... untuk selera penghuni kota...

Gaya elegan dari Feminin... transformasi dari remaja ke alam dewasa.

Mereka memang sesuai untuk apa gaya sekali pun. Walaupun mengenakan busana 'evening dress', diadunkan dengan tatarias gaya Feminin... hasilnya suatu yang eksklusif!

Imej terakhir mereka sebelum berundur dari dunia seni tanahair. Bergaya rambut panjang dengan pemilihan busana 'rock & alternative chicks'. Sisi lain Feminin...