Rabu, Ogos 24, 2011

Beraya Bersama Artis Popular - Kurniaan Di Hari Raya

Sinar Aidilfitri makin menjelma! Kami semarakkan lagi suasana keceriaan dalam penuh kesyukuran menanti Lebaran dengan klip persembahan raya Feminin. Mereka mendendangkan satu-satunya lagu raya mereka yang sehingga kini terus mejadi malar segar iaitu 'Kurniaan Di Hari Raya', untuk sebuah rancangan terbitan sebuah produksi swasta bertajuk 'Beraya Bersama Artis Popular'. Rancangan terbitan untuk siaran RTM ini menghimpunkan artis-artis top ketika itu untuk berkongsi pendapat serta pengalaman raya masing-masing yang kemudiannya diikuti dengan persembahan raya mereka.

Persembahan yang dilakukan secara miming ini, memberi ruang sepenuhnya kepada Feminin bagi menunjukkan gerak tari tradisional (lagu ini ada unsur-unsur irama joget) yang dikontemporarikan secara kreatif menjadikan hasilnya cukup selari dengan keadaan semasa. Mengenakan busana kebarung dengan warna mengikut tema setiap ahli Feminin diserikan dengan trade mark mereka iaitu kelip rambut di kepala. Secara keseluruhannya, persembahan yang terhasil cukup ceria sesuai dengan lirik lagu yang menceritakan tentang suasana di hari raya...

video


Tiada ulasan:

Catat Ulasan