Rabu, Ogos 24, 2011

Beraya Bersama Artis Popular - Kurniaan Di Hari Raya

Sinar Aidilfitri makin menjelma! Kami semarakkan lagi suasana keceriaan dalam penuh kesyukuran menanti Lebaran dengan klip persembahan raya Feminin. Mereka mendendangkan satu-satunya lagu raya mereka yang sehingga kini terus mejadi malar segar iaitu 'Kurniaan Di Hari Raya', untuk sebuah rancangan terbitan sebuah produksi swasta bertajuk 'Beraya Bersama Artis Popular'. Rancangan terbitan untuk siaran RTM ini menghimpunkan artis-artis top ketika itu untuk berkongsi pendapat serta pengalaman raya masing-masing yang kemudiannya diikuti dengan persembahan raya mereka.

Persembahan yang dilakukan secara miming ini, memberi ruang sepenuhnya kepada Feminin bagi menunjukkan gerak tari tradisional (lagu ini ada unsur-unsur irama joget) yang dikontemporarikan secara kreatif menjadikan hasilnya cukup selari dengan keadaan semasa. Mengenakan busana kebarung dengan warna mengikut tema setiap ahli Feminin diserikan dengan trade mark mereka iaitu kelip rambut di kepala. Secara keseluruhannya, persembahan yang terhasil cukup ceria sesuai dengan lirik lagu yang menceritakan tentang suasana di hari raya...

video


Rabu, Ogos 17, 2011

Gang of Feminin Fan - 024 - 027


Just Feminin is welcoming our new follower as follows:

Follower Name                    Gang of Feminin Fan Number

erin nuridz zainal                                  024

el mariachi                                           025

nur hanisah honey                                026

zairizah11                                            027

Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Rabu, Ogos 10, 2011

Photos Collection - Hari Raya (Part 4)

Musim raya kembali lagi! Bagi menimbulkan mood ceria menantikan ketibaan Syawal, kami himpunkan koleksi foto-foto Feminin ketika menggayakan busana Aidilfitri. Mungkin boleh memberi sedikit ilham kepada semua apa yang bakal digayakan di pagi Lebaran nanti...

Sementara menunggukan detik 'itu', teruskanlah beramal dan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Enjoy the photos... its really our sweet memories!!!

Sesi fotografi untuk Majalah URTV : Menggayakan kebaya daripada material kain klasik berwarna polos dengan potongan longgar. Tatarias yang sederhana amat sesuai untuk mereka yang sukakan kesederhanaan.

Sesi fotografi untuk Majalah Media Hiburan : Tampil berani dengan warna terang. Berkebaya pendek yang dipadankan dengan kain bercorak kotak kecil yang bertona warna sama. Anggun ayu dengan rambut ditocang satu dan diikat dengan riben-riben kecil.

Sesi fotografi untuk Majalah VariaPop : Feminin menampilkan fesyen lama yang diberi sentuhan moden. Busana kurung Kedah daripada kain lance yang dipadankan dengan kain kulit berwarna hitam. Menimbulkan lagi mood ketimuran, selendang putih dipilih untuk menutupi kepala.
Shot lain bagi sesi fotografi yang sama.

Rumah terbuka Feminin : Memilih baju kurung moden dengan corak yang tidak keterlaluan, sesuai bagi mereka yang tampil sebagai tuan rumah acara yang memerlukan mereka mudah bergerak bebas melayan tetamu.



Sesi fotografi untuk Majalah Media Hiburan : Hanya tampil berdua dengan Watie tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan peribadi (Deq Nor telah keluar daripada Feminin ketika sesi fotografi ini dilakukan). Pemilihan busana yang bertepatan dengan sambutan raya yang kebetulan disambut serentak dengan Tahun Baru Cina ketika itu.

Sesi fotografi untuk sisipan Pancaindera : Tampil biasa sahaja dengan kurung moden bercorak bunga-bunga kecil sesuai dengan set fotografi bertemakan rumah terbuka Feminin. Mereka bijak mengadaptasikan tema dengan menggunakan solekan dan dandanan ringkas.

Sesi fotografi untuk sisipan Pancaindera : Sesi fotografi yang dilakukan untuk mempromosi Feminin Production yang baru ditubuhkan. Untuk itu, Feminin tampil dengan gaya simple supaya objektif asal tidak dibayangi dengan penampilan mereka.

Rabu, Ogos 03, 2011

SOSEH SOSEH : Rindu Feminin

Artikel diambil daripada Harian Metro

KEBELAKANGAN ini ramai daripada remaja tempatan mengilai lagu-lagu didendang–kan penyanyi berkumpulan dari Korea, tidak kira lelaki atau perempuan. Antara nama paling disebut-sebut Wonder Girls dan juga Girl Generation. Ada antara teman SS menyatakan kebangkitan penyanyi berkumpulan wanita popular dari Korea ini tidak ubah seperti kehangatan begitu banyak penyanyi wanita berkumpulan di negara ini pada awal 90-an.
 
Antaranya paling menjadi sebutan dan diingati hingga kini kumpulan Feminin yang mula melonjak namanya menerusi lagu Untukmu.

Kata teman SS lagi, gaya persembahan dan penampilan imej yang ditampilkan Wonder Girls dan juga Girl Generation, pernah dilakukan Feminin. Malah, corak persembahan dengan gerak tari sekata setiap kali menyaksikan penyanyi berkumpulan dari Korea itu beraksi membawa–nya mengimbau kenangan lalu.

Bagaimanapun, katanya, sewaktu kemunculan Feminin dia masih lagi menuntut dan waktu itu hanya mampu membeli kaset walaupun waktu sama ada juga album dihasilkan kumpulan yang dianggotai, As, Yatie, Watie dan Deq Nor dicetak dalam cakera padat. Katanya waktu itu, hendak beli cakera padat tidak berkemampuan.
Apabila diusik kenangan lampau jelas teman SS tadi, dia teringin benar mahu mendapatkan kembali koleksi album yang pernah dihasilkan oleh Feminin kerana sekarang ini pemain kaset sudah tidak wujud.

Pernah juga dia mencuba mencari koleksi himpunan lagu dendangan kumpulan Feminin di kedai, tetapi tidak diperoleh kerana syarikat rakaman tempat Feminin bernaung sebelum ini tidak lagi menghasilkan dan mengedarkan koleksi terbaik atau himpunan lagu dipopularkan kumpulan.

Apabila sesekali lagu dendangan Feminin diputarkan di radio Sinar FM, jelas teman SS itu dapatlah dia melepaskan rindu kepada kumpulan kegemarannya itu. Sebelum ini jika tidak salah SS, lagu dendangan kumpulan Feminin seperti Kini pernah juga mendaki carta himpunan lagu lama yang popular diwujudkan Sinar FM. Bermakna kumpulan ini masih mempunyai pengikutnya kerana ramai yang mengundi mahu mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Feminin.

Cadangan SS kepada syarikat rakaman tempat Feminin bernaung dulu, apa kata mereka menghasilkan kompilasi lagu terbaik yang pernah dipopularkan kumpulan berasal dari Kuala Lumpur itu. Ia pasti akan dibeli ramai peminatnya yang rata-rata sudah dewasa dan semakin matang.