Rabu, Jun 08, 2011

Muzik Muzik - Kini

Ini adalah antara persembahan Feminin di zaman kemuncak mereka dan menjadi kegemaran kami. Ketika ini Feminin mencalonkan lagu 'Kini' dalam rancangan hiburan popular TV3 iaitu Muzik Muzik. Disebabkan populariti Feminin dan lagu itu sendiri, Feminin dijadikan pencalonan terakhir untuk episod ini supaya dapat memancing perhatian penonton. Ternyata percaturan itu berhasil, dengan persembahan mantap Feminin berjaya memukau dan menghiburkan penonton di studio mahu pun di rumah.

Persembahan lagu 'Kini' secara miming ini digunakan sepenuhnya oleh Feminin untuk memperlihatkan tarian lincah, unik serta tersendiri mereka. Dengan memilih penampilan seragam 'full skirt' pendek berwarna biru yang dilengkapi dengan stoking paras lutut dan pin rambut besar, sememangnya Feminin terselah dengan imej yang lain daripada yang lain seterusnya menjadi 'trend setter' kepada pemakaian remaja pada masa itu.

Kepada semua pembaca, semoga terhibur dan hayati lah gerak tari Feminin yang tersendiri, sedikit sebanyak menggambarkan lirik lagu 'Kini'. Syabas kepada Feminin dan juga pereka tari mereka. Untuk makluman, dari pencalonan ini, lagu 'Kini' berjaya menjadi juara carta dan seterusnya disenaraipendek sebagai antara calon lagu untuk separuh akhir Muzik Muzik 1994!

video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan