Khamis, Jun 16, 2011

Konsert Di Raja - Hanya Sekali

Satu lagi klip persembahan TV Feminin yang menjadi antara pilihan terbaik kami! Lagu 'Hanya Sekali' merupakan satu-satunya lagu 'cover version' dendangan asal kumpulan Ideal Sister yang pernah dirakamkan oleh kumpulan Feminin. Ternyata percubaan ini merupakan satu yang amat dibanggakan kerana hasilnya suatu yang segar dan lebih baik dari rakaman asal. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bagi mereka yang pertama kali mendengar lagu ini pasti menyangkakan ianya memang lagu asal Feminin.

Feminin telah memilih lagu ini semasa menjayakan rakaman rancangan khas Konsert Di Raja terbitan RTM bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agong. Dengan mengenakan busana skirt dan skart berwarna putih dengan diiringi tiga penari latar, Feminin telah mempersembahan satu persembahan yang agak dewasa dengan gerak tari yang 'ayu' dan matang tetapi tetap unik dan tersendiri. Sesuai dengan konsep rancangan, secara keseluruhannya persembahan mereka berjaya menghiburkan semua yang menonton. Rakaman ini telah dilakukan di Auditorium Perdana dalam sekitar tahun 1996.

video









Tiada ulasan:

Catat Ulasan