Rabu, Mac 02, 2011

MTV Kini - Feminin

video

Merupakan antara MTV terbaik yang pernah dihasilkan oleh kumpulan Feminin. MTV 'Kini' diterbitkan sempena kelahiran single pertama mereka dari album kedua dengan tajuk yang sama iaitu Feminin Kini. MTV yang diterbitkan dalam format filem ini menjadi antara MTV terawal di Malaysia yang menggunakan format ini. Ia secara tidak langsung menjadi penanda aras kepada kualiti penghasilan sesebuah MTV.

Jalan cerita untuk MTV ini tidaklah terlalu menekankan penceritaan tetapi lebih kepada sinematografi yang menarik dan indah yang menjadi simbolik untuk menterjemahkan lirik lagu. Dengan memperagakan dua set persalinan serta tatarias yang tidak terlalu berat, sudah cukup untuk menghasilkan visual elegan Feminin yang juga selari dengan imej mereka ketika ini.

MTV ini telah dirakamkan di Hotel Sheraton KL dengan kafe terbesar hotel ini dipilih menjadi set utama selain sekitar ruang legar dan tangga lobi. Penggambaran telah dilakukan pada waktu awal pagi bagi mendapatkan mood suram dan hening yang sesuai dengan kehendak lagu 'Kini'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan