Rabu, Februari 23, 2011

MTV Rentak Hip Hop - Feminin

video

MTV 'Rentak Hip Hop' merupakan MTV ketiga dan terakhir yang diterbitkan untuk album 'Untukmu'. MTV ini bukan merupakan MTV yang boleh disifatkan sebagai 100% baru kerana ia terhasil daripada gabungan MTV 'Untukmu' dan 'Rentak Disco 123'. Oleh itu, tidak banyak yang dapat kami komen untuk MTV hibrid ini.

MTV ini dibuat untuk melengkapkan koleksi MTV Karaoke yang diterbitkan oleh pihak NSR. Penerbitan MTV Karaoke ini dilihat sekadar untuk mengambil kesempatan ke atas populariti Feminin yang diraih ketika itu. Isu penghijrahan Feminin daripada NSR kepada Warner Music yang menjadi panas semasa itu dilihat juga antara penyumbang kepada penerbitan MTV ini. Ini adalah kerana antara produk Feminin ketika dibawah label Warner Music adalah MTV Kini dan mungkin penerbitan MTV oleh NSR yang hampir serentak ini untuk menganggu jumlah jualan MTV Kini.

Walau apapun alasannya, MTV 'Rentak Hip Hop' masih sesuai untuk dinikmati khususnya buat peminat-peminat tegar Feminin. Selain lagu 'Rentak Hip Hop' itu sendiri yang catchy dan mesra pendengar, MTV ini boleh dijadikan antara koleksi kenangan buat peminat-peminat Feminin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan