Rabu, Februari 09, 2011

MTV Rentak Disco 123 - Feminin

video

MTV kedua daripada kumpulan Feminin sempena kelahiran album 'Untukmu' untuk single kedua mereka iaitu 'Rentak Disko 123'. Populariti lagu ini turut mengundang kontorversi apabila ada yang mendakwa bahawa kumpulan KRU sebagai penerbit album 'Untukmu' telah mencedok atau meniru lagu daripada kumpulan 2Unlimited bertajuk 'Twilight Zone'.

Kontroversi ini telah menjadi salah satu isu yang diketengahkan oleh program Melodi pada masa itu. Ia menjadi lebih hangat apabila kumpulan 2Unlimited mengunjungi Malaysia dalam rangka promosi album mereka... "It's so stupid!"... itulah komen yang mereka berikan apabila wartawan Melodi meminta respon untuk isu ini.

Namun begitu, pada kami ia bukanlah perlu menjadi isu yang besar kerana lagu ini telah dicatatkan sebagai cover version di dalam in lay album 'Untukmu' dengan sedikit improvasi supaya sesuai dengan pasaran Malaysia. Secara peribadi, apabila membandingkan hasil akhir antara lagu 'Rentak Disko 123' dan 'Twilight Zone', ternyata lagu 'Rentak Disko 123' lebih menarik dan bertambah hebat serta lebih menampakkan keaslian dengan sentuhan irama Malaysia yang diadun sempurna oleh KRU. Apa-apa pun, terpulang kepada anda semua sebagai pendengar kerana selera kita masing-masing berbeza.

Untuk MTV ini, penggambaran telah banyak dilakukan disekitar Taman Tasik Perdana. Taman tasik ini merupakan antara tempat menarik dan mesti kunjung jika berada di Kuala Lumpur pada masa itu (dan juga sekarang...). MTV ini juga tidak menekankan sangat kepada story board kerana lebih menonjolkan gerak tari energetik dan pantas daripada kumpulan Feminin. Kiranya sesuai untuk dijadikan material senamrobik. Semoga terhibur...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan