Rabu, Februari 23, 2011

MTV Rentak Hip Hop - Feminin

video

MTV 'Rentak Hip Hop' merupakan MTV ketiga dan terakhir yang diterbitkan untuk album 'Untukmu'. MTV ini bukan merupakan MTV yang boleh disifatkan sebagai 100% baru kerana ia terhasil daripada gabungan MTV 'Untukmu' dan 'Rentak Disco 123'. Oleh itu, tidak banyak yang dapat kami komen untuk MTV hibrid ini.

MTV ini dibuat untuk melengkapkan koleksi MTV Karaoke yang diterbitkan oleh pihak NSR. Penerbitan MTV Karaoke ini dilihat sekadar untuk mengambil kesempatan ke atas populariti Feminin yang diraih ketika itu. Isu penghijrahan Feminin daripada NSR kepada Warner Music yang menjadi panas semasa itu dilihat juga antara penyumbang kepada penerbitan MTV ini. Ini adalah kerana antara produk Feminin ketika dibawah label Warner Music adalah MTV Kini dan mungkin penerbitan MTV oleh NSR yang hampir serentak ini untuk menganggu jumlah jualan MTV Kini.

Walau apapun alasannya, MTV 'Rentak Hip Hop' masih sesuai untuk dinikmati khususnya buat peminat-peminat tegar Feminin. Selain lagu 'Rentak Hip Hop' itu sendiri yang catchy dan mesra pendengar, MTV ini boleh dijadikan antara koleksi kenangan buat peminat-peminat Feminin.

Khamis, Februari 17, 2011

Gang of Feminin Fan : 016 - 020


Just Feminin is welcoming our new follower as follows:


Follower Name            Gang of Feminin Fan Number

Intan Suhana                                  016

Amay Hamidi                                  017

Ena Faiz                                          018

SYAHRUL                                       019

SayangKemA                                 020


Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Rabu, Februari 09, 2011

MTV Rentak Disco 123 - Feminin

video

MTV kedua daripada kumpulan Feminin sempena kelahiran album 'Untukmu' untuk single kedua mereka iaitu 'Rentak Disko 123'. Populariti lagu ini turut mengundang kontorversi apabila ada yang mendakwa bahawa kumpulan KRU sebagai penerbit album 'Untukmu' telah mencedok atau meniru lagu daripada kumpulan 2Unlimited bertajuk 'Twilight Zone'.

Kontroversi ini telah menjadi salah satu isu yang diketengahkan oleh program Melodi pada masa itu. Ia menjadi lebih hangat apabila kumpulan 2Unlimited mengunjungi Malaysia dalam rangka promosi album mereka... "It's so stupid!"... itulah komen yang mereka berikan apabila wartawan Melodi meminta respon untuk isu ini.

Namun begitu, pada kami ia bukanlah perlu menjadi isu yang besar kerana lagu ini telah dicatatkan sebagai cover version di dalam in lay album 'Untukmu' dengan sedikit improvasi supaya sesuai dengan pasaran Malaysia. Secara peribadi, apabila membandingkan hasil akhir antara lagu 'Rentak Disko 123' dan 'Twilight Zone', ternyata lagu 'Rentak Disko 123' lebih menarik dan bertambah hebat serta lebih menampakkan keaslian dengan sentuhan irama Malaysia yang diadun sempurna oleh KRU. Apa-apa pun, terpulang kepada anda semua sebagai pendengar kerana selera kita masing-masing berbeza.

Untuk MTV ini, penggambaran telah banyak dilakukan disekitar Taman Tasik Perdana. Taman tasik ini merupakan antara tempat menarik dan mesti kunjung jika berada di Kuala Lumpur pada masa itu (dan juga sekarang...). MTV ini juga tidak menekankan sangat kepada story board kerana lebih menonjolkan gerak tari energetik dan pantas daripada kumpulan Feminin. Kiranya sesuai untuk dijadikan material senamrobik. Semoga terhibur...

 

Rabu, Februari 02, 2011

MTV Untukmu - Feminin

video


MTV 'Untukmu' daripada kumpulan Feminin ini merupakan MTV pertama daripada mereka. Ketika ini Feminin telah mengubah imej kepada berambut pendek. Selari dengan populariti mereka dan juga lagu 'Untukmu', MTV ini telah diterbitkan bersempena juga dengan kelahiran album debut mereka yang turut berjudul 'Untukmu'.

Jika dilihat dari segi mutu pengarahan dan penggambaran, MTV ini tidaklah boleh dianggap sebagai sangat berkualiti. Ia sekadar mewujudkan satu medium baru iaitu dalam bentuk visual untuk melonjakkan lagi nama Feminin serta mempromosikan album mereka.

Rakaman MTV ini telah dilakukan di Stesyen Keretapi Kuala Lumpur. Pada masa ini, stesyen ini merupakan antara ikon Kuala Lumpur yang setaraf dengan Stesyen KL Sentral. Bagi mereka yang pernah melalui zaman itu, kerana kepentingan Stesyen ini, terdapat hotel serta restoran makanan segera disini! Kini kesibukan dan keunggulan Stesyen ini hanya tinggal kenangan...

Walaubagaimanapun, sebagai artis baru ketika itu dengan genre muzik yang berbeza, penerbitan MTV ini sudah cukup dikira beruntung. Untuk semua, semoga MTV ini mampu mengembalikan nostalgia zaman 90an dahulu... Enjoy the moment!!!